Menemani kawanku Hadi mengajar di Kursus anjuran GTR di Peladang Segamat. Ada 2 slot di hari yang berlainan.
Bukit Kepong
Di masa free kami sempat pergi ke Bukit Kepong untuk melawat tempat bersejarah, tetapi sayangnya Balai Polis Bersejarah ini ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.
Dah selesai kursus ikatan kain samping Melayu anjuran Cikgu Wan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Batu Caves Selatan. Alhamdulillah ada 9 ikatan telah diturunkan. Hanya perlu latihan untuk memperkemaskan ikatan. Semoga ilmu Busana Melayu ini dapat diwarisi oleh anak-anak muda sekarang.
Hari ini lepas solat Jumaat aku menemani isteriku pergi stesen LRT Pasar Seni untuk mengambil kad MyRapid yang dah siap. Ada upah....heheh...sepatutnya KFC, tapi makan lain pulak sebab nampak menarik. Laksa Sarawak di Tesco Shah Alam. Hihi.
Dah siap dah rupanya Taman Permainan Kanak-kanak di Tasik Shah Alam. Lebih banyak permainan disediakan. Boleh bawa keluarga ke sini. Ada juga tempat rehat untuk ibu-bapa sementara menunggu anak-anak habis bermain.
Pagi ini seperti yang telah di rancang, kami berdua telah explore separuh dari kawasan Taman Botani Negara Shah Alam termasuklah kebun-kebun yang telah lama kami usahakan tapi belum ada hasil....hehehe...
Ramai pengunjung hari ini, almaklumlah cuti sekolah panjang sempena Deepavali, semua berebut buat aktiviti riadah dah lain-lain.
Sakit kaki aku ni berjalan sampai hujung kebun. Tapi masa perjalanan balik ke base, terpaksa tahan shuttle taman sebab dah terlambat nak balik dan hantar kek customer.
Inilah serba sedikit sedutan lawatan ke kebun kami....
Along yang sepatutnya sampai hari ini, buat suprise bila diorang sampai malam semalam. Aboy yang dah datang awal sebab semalam dia ada rehearsal untuk konvo dia esok.
Jadi pagi ini aku selaku pemandu pelancong membawa semua kecuali mak melawat Pak Uda di Taman Setia, Klang. Kemudian pergi melawat Perpustakaan Shah Alam. Lepas dah habis membaca, ambil mak kat rumah dan bawak makan ikan bakar di restoren Arang Ikan Bakar seksyen 7.
Habis makan, balik rumah, tidurrrr......hihi malam pula dapat kunjungan daripada Pak Husin sekeluarga. Lepas tu pergi ke Food Street Fest di parking PKNS.
Mak dah seminggu kat rumah aku, tapi susah nak ajak keluar. Tapi petang ni dapat ajak mak pegi ngeteh di Kedai Kopi sebelah tasik shah alam. Itu pun suruh cucu dia Aboy pujuk. Baru dia nak.
Hari ini first time aku naik LRT baru dari Glenmarie ke Pasar Seni. Azah dah biasa naik untuk pergi ke UUM KL. Saja naik teman Azah ke Pasar Seni untuk buat Kad MyRapid untuk student IPT.
Pak Su Emat ataupun sepupu Adi sebelah arwah bapak yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lepas, belanja kami makan malam di Restoren Alisara Puchong malam ni. Kami bagi dia merasa Kensom Siakap, daging matahari dan gulai hijau. Terbaik....
Pagi ini ada jemputan ke majlis pernikahan Cikgu Wan bertempat di Taman Seri Indah. Majlis pernikahan yang simple dan berkat ini telah selamat berlangsung dengan jayanya. Saya selaku peneman saat akhir mengucapkan tahniah kepada Cikgu Muhamad Riduan bin Hj. Borhan dan Isteri. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.
Cepat dan mudah. Tak perlu beratur panjang. KWSP Simpanan Shariah.
Kalau dulu pencarum beratur panjang dan menunggu sehingga hampir setengah hari untuk menukar simpanan KWSP kepada patuh Shariah, tapi aku dan Azah memerlukan tak sampai 5 minit. Kenapa yer.... inilah berkat kesabaran dan perancangan teliti.... Hehe...senang je...tak perlu buat awal-awal, buat bila keadaan dah tenang tetapi masih lagi dalam tempoh yang diberikan.
Kasut Camel hantaranku yang biasa aku gunakan untuk menunggang motosikal dan dah berusia lebih kurang 5 tahun telah hilang sewaktu aku menunaikan solat zohor di Masjid Negeri Selangor.
Terima kasih kepada abang yang aku lupa nak tanya namanya, membawa kereta Honda HRV no plate W xxxx XX kerana meminjamkan seliparnya. Aku dah berpatah balik ke Masjid semula untuk memulangkan balik seliparnya setelah aku beli yang baru di kedai seksyen 6, tetapi abang tersebut telah tiada, kenderaannya pun telah tiada. Dah balik dah abang tu.
Aku dah membeli pasangan untuk parang Tramontina Brazil ku daripada En. Roslan penjual parang di Pasar Tani hari ahad di Stadium Shah Alam. Minggu lepas aku dah beli satu tapi adik iparku beli balik daripada aku untuk bapa mertua ku. Bertambahlah koleksiku.
Oleh kerana terpengaruh dengan iklan kat TV, kami cuba makan KFC Cheezy Onion Crunch di KFC seksyen 9. Sedap jugalah. Ayam biasa je pilih sama ada original atau spicy, cuma tambahan Cheezy Onion Sos.
Tapi kat KFC seksyen 9 ni ayam original dia macam terlebih masin pulak. Mungkin budak kitchen tu dah nak sampai jodoh kot. Hehe.
Pagi-pagi aku dengan Rosli @ Chilly pergi ke Ibu Pejabat MBPJ untuk taklimat tender membaiki longkang di sebelah Amcorp Mall. Lepas tu dia bawak aku melawat tapak projek yang dia tengah buat di Stesen LRT Awan Besar. Berpeluh aku, lama tak kena panas matahari terik. Hitam oh kulitku. Hehehe...
Kereta dah siap. Petang tadi lepas Zohor aku di hantar oleh kawan ku En. Murad ke bengkel ketuk dan cat di kawasan perindustrian seksyen 7 Shah Alam, yang membaik pulih kereta wira ku yang accident jumaat lepas. Hasil kerja dia biasa sahaja. Standard claim insurans. Tapi ada tambahan RM150 untuk ketuk dan cat bahagian belakang di penutup tangki. Bahagian tu tak boleh claim sekali sebab yang tu sendiri gesel dulu. Haha...