06 July, 2015

Maxis Fiber 10Mbps faezal@19


Oh Maxis Fiber 10Mbps, lajunya...hehe... Dah selamat pasang kat rumah. Aku subscribe pakej 10Mbps dengan harga RM148 sebulan. Walaupun ada rebate RM20 untuk pelanggan masix one plan, tapi aku tak layak sebab aku guna plan RM78 sebulan. Rebate tu untuk yang guna pakej RM128 sebulan.

Maxis Fiber sebenarnya menggunakan platform TM Unifi juga, tetapi menawarkan kelajuan yang lebih tinggi dan harga yang lebih murah dari TM sendiri.

Pemasangan dibuat oleh kontraktor Unifi manakala konfigurasi dilakukan oleh installer maxis. Walaupun pemasangan percuma, tetapi aku dikenakan RM350 atas pemasangan non-standard kerana developer rumahku tidak menyediakan laluan untuk fiber ke dalam rumah.

Akhirnya ada wifi sendiri di rumah. Terima kasih "haslina" kerana beri pinjam wifi selama 2 tahun ini.

No comments:

Post a Comment