Hari terakhir untuk bershoping raya sebelum pulang ke kampung. Bermula dari jam 3 petang hingga 3 pagi. Tempat pertama dilawati adalah Aeon Bukit Tinggi Klang. Membeli sebahagian dari senarai sebelum bersambung selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

Hasil tangkapan aku di sini adalah, seluar slack Durban, seluar raya Durban, t-shirt kolar Bonia, 2 helai seluar track FRS dan t-shirt Bum Equipment. Belum lagi di hitung tangkapan daripada isteriku dan anak buahku.

Lepas Aeon tutup kami ziarah pula bazaar aidilfitri di keliling Shaw Centrepoint Klang. Saja jalan-jalan je tapi sempat jugak isteriku sambar sejambak bunga hiasan.
No comments:
Post a Comment