Acara Tahunan Ramadhan kembali lagi. Tak pasti buat kali ke berapa, rasanya dah lebih 10 tahun kami menganjurkan aktiviti ini. Posting pertama aku pasal Acara Tahunan kat blog sebelum ini pada tahun 2005. Tahun-tahun sebelum tu rasanya dah berjalan aktiviti ini.
Tahun ni peserta seramai 7 dewasa dan 3 kanak-kanak. Aku, Azah, Hadi, Leena, Hanif, Hafiy, Herul, Ida dan Mea.
Seperti biasa bermula dengan berbuka puasa bersama di Medan Ikan Bakar Jalan Istana, kemudian merempuhi Bazaar Aidilfitri di Jalan Masjid India dan berakhir dengan sahur di gerai Kari Kaki Ayam Batu 2 1/2 Jalan Ipoh.
Tapi Herul dan family hanya berbuka sama sahaja kerana ada urusan lain yang perlu di buat.
Perkembangan terbaru acara tahunan kali ini adalah kami dapat port parking baru yang senang hanya RM5 sekali masuk di bangunan sebelah Semua House.
Harap acara ini akan berterusan hingga kami dah tak larat dah nak tempuh.
|
Ribuan pengunjung |
|
Makan eskrim potong sementara menunggu mami dan mak su pilih tudung |
|
Tengok apa tu? |
|
Berehat di hadapan Masjid India |
|
Melepak di tangga Semua House |
|
Sahur Kari Kaki Ayam dan Kerang Masak Lemak |
No comments:
Post a Comment