21 July, 2015

Aidilfitri 2015


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Alhamdulillah bertemu lagi dengan Syawal. Tak perlu berebut atau mengundi nak balik kampung mana satu kerana kami suami isteri boleh ulang alik ke kampung masing-masing tak sampai pun setengah jam.

Bersama mertua
Kami masih mengamalkan konsep satu hari sini, satu hari sana.

Raya kali ini abang ku tak balik ke Terengganu kerana nanti bulan 8 dia akan balik ke sana kerana ada majlis perkahwinan. Kakak ku pula balik Rengit untuk hari raya pertama dan pulang ke rumah mak pada hari raya kedua.

Aku bawa anak-anak abang ku jalan raya bersama keluarga isteriku kerana maklumlah budak-budak nak collect duit raya tapi kat rumah mak tak boleh nak collect sebab jiran-jiran majoriti bukan Islam.

Keluarga Wak Bon
Gaya bebas
Ahli baru dalam family Wak Bon. Zharif.
Kampung Terentang ,Jasin Melaka
Parit Salman, Muar Johor

Kejap Gaduh Kejap Baik
Penangan anak 4 orang dalam kereta. Haha




No comments:

Post a Comment