30 January, 2016

Dinner dengan Nur Aisyah Damea

Rindu kat Mea. Lama tak jumpa dia dan layan keletahnya. Dapat dinner dengan Mea di Homst Chinese Muslim Restaurant, Seksyen13 Shah Alam. Tak reti duduk diam betul Mea ni. Dari kecik sampai besar...sama je,,,hihi...



29 January, 2016

Jrobic - Sukipt 2016

Macam pernah ku lihat...tapi dimana ya? Terbaik Sendeng Jrobic - Sukipt 2016.



27 January, 2016

Birthday Dinner


Birthday dinner with my wife at Khatijah's Kitchen Shah Alam. Eating Asam Pedas Tenggiri and Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Best in the World.

Selamat Hari Lahir Isteriku


Selamat Hari Lahir Isteriku yang ke rahsia....hehe...Tiada apa-apa yang dapat ku berikan, hanya sambutan kecil-kecilan bersama kek buatan isteriku sendiri...wakaka,,,

Aksi Haniff dan Hafiy
Hadiah daripada Haniff dan Hafiy
Baru lepas training

15 January, 2016

Meraikan kejayaan 4.0

Meraikan kejayaan 4.0 isteriku di Restoren Der Garage Seksyen 7 Shah Alam. Tahniah isteriku.

11 January, 2016

Jalan-jalan cari pasal

07/01/2016 hingga 10/01/2016. Ni dia perjalanan yang tidak dirancang sempena cuti sekolah yang dah habis tapi cuti isteri masih ada. Jalan-jalan santai tanpa terkejar-kejar masa. Tujuan utama adalah untuk berubat di Megat Dewa Kedah, yang lain adalah masa tambahan. Hehe.

Shah Alam - Bidor - Taiping - Changlun - Kuala Perlis - Megat Dewa - Langkawi - Tapah - Bidor - Shah Alam.

Mee Kari Ramli Bidor

Dari Shah Alam terus exit tol Bidor dan bersarapan dulu di Mee Kari Ramli Bidor. Exit tol Bidor, belok kanan dan nampak kedai ni di sebelah kanan.

Mee Kicap kuah sup
Mee Kari Ramli Bidor tauhu lebih

Di Taping, Perak

Singgah makan tengahari pulak di Doli Kuey Teow goreng. Lepas makan kena saman pulak sebab takda kupon parking. Dah jadi mahal pulak makan kuey teow. Kena tambah RM14. Sebelum teruskan perjalanan sempat bergambar di Taman Molek. Sama nama taman dengan rumah mak di Johor Bahru.

Makan Tengahari di Doli Kuey Teow
Bayaran tambahan untuk Kuey Teow
Dapat jugak bergambar di Taman Molek Taiping

Jeti Kuala Perlis

Kami check in di Tandop Hotel Changlun, kemudian pergi makan malam di medan ikan bakar di jeti Kuala Perlis. Cari kedai abang lembut. Diorang kata sedap.

Dinner di kedai abang lembut
Ketam Telur Masin, Lala Sambal dan Sotong Tepung

Langkawi, Kedah

Sebelum ke Langkawi kami pergi berubat dulu pagi tu di Megat Dewa. Alhamdulillah dah tiada sihir yang bertandang. Cuma tinggal berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki.

Tak plan pun nak ke Langkawi, beli tiket feri, kereta sewa dan hotel di jeti Kuala Perlis je. Dapatlah harga special sebab takda orang nak ke Langkawi waktu ni. Kereta Toyota Vios RM80 je sehari.

Tak ramai orang pegi ke Langkawi, kalau pergi waktu cuti Krismas dan tahun baru yang lepas, rasanya macam tin sardin. So rilek2 je. Lagi best pegi time ni.

Takda orang di Jeti Kuala Perlis
Dalam Feri layan cerita PAN
Chalet di atas Landcons Hotel Pantai Chenang
Chalet mengadap underwater world
Ada gazebo
Dinner
Di Pantai Chenang
Tour di Mardi Agrotechnology Park RM7 sahaja untuk seorang
Mardi Agrotechnology Park
Menara Tinjau
Free Fruit Lunch
Awek ni malau-malu nak makan
Bedal lah banyak2
Bergambar dengan giant belimbing sambil buat muka "buang angin" 
Makan nangka jadi sihat dan kuat
Lawanya nangka ni. Cium sikit
Giant Grape
Makan tengahari bawal goreng dan kari di pekan kuah.
Hasil tangkapan
Alamak kena cukai lah sebab di langkawi tak sampai 48jam. RM20 je. Terima kasih abang kastam.
Laksa Kak Su tutup. Try laksa kat sini. D Adna Laksa House.

Jom Balik

Lepas makan laksa terus bertolak balik. Cadang nak tido di Ipoh cari bajet hotel tapi sebab dah tengah malam rasa rugi pulak kalau tido hotel. Jadi kami tido je di R&R Tapah arah selatan. Keesokan paginya singgah sarapan lagi di Mee Kari Ramli Bidor. Lepas sarapan pegi melawat sepupu di Kuala Woh Tapah. Dia baru je pindah ke situ ikut suami. Kemudian teruslan perjalanan balik rumah.

Singgah dulu repeat Mee Kicap dan Mee Kari Ramli Bidor
Singgah rumah sepupu Nurul Huda di Kuala Woh Tapah.

05 January, 2016

Haniff dah sekolah

Sekejap je masa berlalu. Haniff dah masuk tadika Dzul Iman Smart Khalifah Bukit Puchong. Semoga abang Haniff menjadi anak yang soleh.






03 January, 2016

Hero Puchong

Hari ni menemani Leena pegi shopping barang-barang dapur di Pasaraya Hero Puchong Batu 18. Haha...kelakar melayang gelagat dua hero ni...kejap ketawa kejap nangis.

Hayfa pun ikut sama
Jaga diorang elok-elok yer Mak Su