25 February, 2016

Ngeteh dengan member

Dah aku buat spot-check dan jumpa ko tengah hisap rokok dekat Masjid Negeri Selangor, baru ko nak ngeteh dengan aku yer.....haha...

Ali aka Botak. Kena spot-check dengan aku masa dia standby kat Masjid Negeri Selangor. Sempat ngeteh dan jalan2 naik moto sekitar masjid.




24 February, 2016

Tongkat Sendeng vs Monster

Malam semalam sewaktu aku dan Hadi berlatih tongkat, ada monster memerhati kami dari jarak dekat. Saksikan.,,




22 February, 2016

Melawat Schoolmate

Melawat Schoomate aku di Sekolah Menengah Sains Muar. Samsuri TypeR. Keke. Ni pun dah 23 tahun tak jumpa. Dia self check-in di KPJ Selangor untuk rawatan telinga sebelah kanan. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serious. Dr cuma akan buat treatment dengan inject protein ke dalam telinga dia. Semoga Sam cepat sembuh.

21 February, 2016

Happy 5th Birthday Haniff

Selamat Hari Lahir Haniff. Sebagai hadiah tahun ini kami bawak pegi jalan-jalan ke IOI City Mall Putrajaya. Belanja hadiah beli buku di Borders dan makan aiskrim di Magnum Cafe. Sebenarnya kami yang nak rasa makan kat magnum cafe tu...saje je cari alasan....hehehe

Hafiy jadi blur lepas kena usik dengan ular mainan
Misi mencari buku
Mak Su @ Magnum Cafe
Sila Panggung ko yer
Yeah...banyaknya aiskrim
Semua yang terlibat

20 February, 2016

23 Tahun Kemudian


Semasa aku menghadiri majlis kenduri kesyukuran cukur jambul cucu kedua Haji Fakri, tiba2 ada sorang lelaki menegur aku...Norzahid Zainal Abidin AKA Gaban, classmate aku di Sekolah Menengah Sains Muar. Setelah 23 tahun berpisah, berjumpa semula di Shah Alam. Kecilnya dunia.

13 February, 2016

Jumpa Member Sekolah


Jumpa member Sekolah Menengah Sains Muar. Dia transit di Hotel D Art Seksyen 7 Shah Alam sebelum menghantar anak dia balik ke sekolah di Kuala Selangor keesokannya. Lama tak jumpa dia. Kapten Hairul Azman Hassan. TLDM Lumut.

12 February, 2016

Appointment di Hospital Shah Alam


Hari ni aku ada appointment dengan Pakar Orthopedic untuk check anak jari kaki kiri aku yang sakit bila dibengkokkan ke atas. Alhamdulillah, hasil x-ray tiada apa-apa yang serious. Dr kata mungkin sebab soket jari tu yang bengkak. Jadi dia pun bagi ubat sapu dan pain killer.

2 jam di pendaftaran
1 jam di Klinik Orthopedic
15 minit di Farmasi

06 February, 2016

Reunion Isteri

Reunion kawan-kawan sekolah rendah isteriku di majlis persandingan salah seorang schoolmate dia di Johor Bahru. Aku tukang ambil gambar dan makan. Terjumpa pulak schoomate aku di Sekolah Menengah Sains Muar. Tapi aku tak kenal sebab dia di Kelas Jaya yang semuanya perempuan.
Geng pompuan
Jumpa schoolmate SMS Muar. Salmiah.