27 March, 2016

Gotong Royong EEMMRA 2016


Hari ini diadakan Program Gotong Royong membersihkan kawasan Taman EEMMRA. Ini adalah salah satu aktiviti wajib KRT dan Persatuan penduduk setiap tahun. Tapi kali ini dijemput sekali Datin Hajah Anizan binti Othman selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 Shah Alam.
Datang lambat kena duduk belakang datin.
Ramai penduduk lelaki yang datang
Makan dulu
Abang bomba datang tolong
Syabas hantar air
Abang bomba pancut air dalam longkang besar
Kerja keras
Penjaga makanan mendengar penuh khusyuk

24 March, 2016

Tongkat Ali Original

Akar Tongkat Ali original. Di hiris oleh Cikgu Wan. Kalau tekak tak biasa jangan cuba-cuba nak buat air rendaman...hihi

16 March, 2016

Jom Naik Kapal Terbang

Menghantar Umi, Adam dan Faiq balik Johor Bahru. Datang Shah Alam naik keretapi. Balik naik kapal terbang dari KLIA2 ke Johor Bahru. Selamat Jalan.

05 March, 2016

Wedding Adik Rakan

Jemputan Majlis Perkahwinan adik Ailiz Zarina, member sekelas masa Diploma di ITM Kampus Johor (Segamat) bertempat di Dewan Plaza Azalea Shah Alam. Yang bestnya masa ucapan bapa pengantin, siap jemput semua tetamu untuk datang tahun depan di tempat yang sama untuk majlis anaknya yang terakhir. Haha...

Makanan terbaik, kambing bakar pun terbaik. Tu yang pilih meja dekat dengan tempat bakar kambing.....

03 March, 2016

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH
Perlu ada satu naskah di setiap rumah. Boleh beli disini http://goo.gl/EY7rkz
Search di muka utama : Biografi Agung Rasulullah


02 March, 2016

Air Mangga

Air mangga terbaik dijual di persimpangan Bukit Bandaraya dan Taman Botani. Masih kuat terasa mangganya. Hehe.

Suka beli tanpa ais. Harga berbaloi dengan rasanya.