31 August, 2016

Peralatan Baru

Setelah menunggu sekian lama, hari ini adalah hari terakhir untuk promosi murah Microwave Oven ini di Aeon Shah Alam. Nasib baik ada stok. Sambar terus. Cepat sikit nak panaskan makanan guna ni....

28 August, 2016

ITM Dihatiku

Kolej Perindu

Nostalgia zaman kolej....ITM Dihatiku....

Hari ini menghantar anak buah daftar belajar di UiTM Shah Alam. Senang je pendaftaran sekarang ni. Hanya daftar Kolej Perindu je, lepas tu ibu bapa boleh balik. Pendaftaran lain-lain akan dilakukan sendiri oleh pelajar di fakulti masing-masing selepas Minggu Silaturrahim.

23 tahun dulu masa aku daftar di ITM Segamat, Mak dan Abah menunggu sampai habis pendaftaran. Pendaftaran pelajar, kewangan, ambil gambar kad matrik, matapelajaran dan last baru kolej.

Selamat menempuh alam pelajar UiTM Zulhaidi Asni.

Koridor Kolej
Meja belajar dalam dor

27 August, 2016

Dzul Iman Smart Khalifah Awesome Adventure with Family 2016


Pagi ni pergi ke Taman Botani Negara tengok Haniff di Dzul Iman Smart Khalifah Awesome Adventure with Family 2016 bertempat di Taman Rimba. Ramai sungguh yang datang dan bermacam-macam ragam anak-anak yang dapat dilihat. Mak bapak pun tak kurang juga gelagatnya menyokong anak masing-masing dalam permainan.

Mak Su pun excited
Haniff menang
Bawa bola ping-pong dengan sudu

Tarik bola dengan gelung

Persembahan dari Puchong

21 August, 2016

Kor Sispa Kali Ke-7 2016


Tahniah Lt. Muda (PA) Muhammad Farid Hasnizam. Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2016.

Kami dapat tempat duduk sebaris pegawai

Diorang berpanas, kami pun sama