30 October, 2016

Lawatan ke kebun

Pagi ini seperti yang telah di rancang, kami berdua telah explore separuh dari kawasan Taman Botani Negara Shah Alam termasuklah kebun-kebun yang telah lama kami usahakan tapi belum ada hasil....hehehe...

Ramai pengunjung hari ini, almaklumlah cuti sekolah panjang sempena Deepavali, semua berebut buat aktiviti riadah dah lain-lain.

Sakit kaki aku ni berjalan sampai hujung kebun. Tapi masa perjalanan balik ke base, terpaksa tahan shuttle taman sebab dah terlambat nak balik dan hantar kek customer.

Inilah serba sedikit sedutan lawatan ke kebun kami....



Layan ABC sebelum balik

23 October, 2016

Aboy Konvo

Dah besar dah anak buah aku ni. Rasa macam dia masih lagi aku picit-picit masa kecik dulu.

Tahniah Lt. Muda (PA) Muhammad Farid Hasnizam. Graduan Diploma in Logistic. Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur ke 13. 23 Oktober 2016.

Disini Pak Su dedikasikan video ini khas utuk Aboy...


22 October, 2016

Jalan sebelum konvo

Along yang sepatutnya sampai hari ini, buat suprise bila diorang sampai malam semalam. Aboy yang dah datang awal sebab semalam dia ada rehearsal untuk konvo dia esok.

Jadi pagi ini aku selaku pemandu pelancong membawa semua kecuali mak melawat Pak Uda di Taman Setia, Klang. Kemudian pergi melawat Perpustakaan Shah Alam. Lepas dah habis membaca, ambil mak kat rumah dan bawak makan ikan bakar di restoren Arang Ikan Bakar seksyen 7.

Habis makan, balik rumah, tidurrrr......hihi malam pula dapat kunjungan daripada Pak Husin sekeluarga. Lepas tu pergi ke Food Street Fest di parking PKNS.

Di PPAS

Lunch @ Arang Ikan Bakar

21 October, 2016

Ngeteh dengan mak

Mak dah seminggu kat rumah aku, tapi susah nak ajak keluar. Tapi petang ni dapat ajak mak pegi ngeteh di Kedai Kopi sebelah tasik shah alam. Itu pun suruh cucu dia Aboy pujuk. Baru dia nak.

Jom naik LRT


Hari ini first time aku naik LRT baru dari Glenmarie ke Pasar Seni. Azah dah biasa naik untuk pergi ke UUM KL. Saja naik teman Azah ke Pasar Seni untuk buat Kad MyRapid untuk student IPT.

16 October, 2016

Pak Su Emat belanja


Pak Su Emat ataupun sepupu Adi sebelah arwah bapak yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lepas, belanja kami makan malam di Restoren Alisara Puchong malam ni. Kami bagi dia merasa Kensom Siakap, daging matahari dan gulai hijau. Terbaik....

Terima kasih Emat.

Cikgu Wan dah Kahwin


Pagi ini ada jemputan ke majlis pernikahan Cikgu Wan bertempat di Taman Seri Indah. Majlis pernikahan yang simple dan berkat ini telah selamat berlangsung dengan jayanya. Saya selaku peneman saat akhir mengucapkan tahniah kepada Cikgu Muhamad Riduan bin Hj. Borhan dan Isteri. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.

Teman saaat akhir gelaran bujang

Geng Halia Bara - Dani & Amar

Geng Halia Bara

Geng Halia Bara

Geng Halia Bara - Nana

Geng Halia Bara - kert

12 October, 2016

KWSP Simpanan Shariah


Cepat dan mudah. Tak perlu beratur panjang. KWSP Simpanan Shariah.

Kalau dulu pencarum beratur panjang dan menunggu sehingga hampir setengah hari untuk menukar simpanan KWSP kepada patuh Shariah, tapi aku dan Azah memerlukan tak sampai 5 minit. Kenapa yer.... inilah berkat kesabaran dan perancangan teliti.... Hehe...senang je...tak perlu buat awal-awal, buat bila keadaan dah tenang tetapi masih lagi dalam tempoh yang diberikan.

Menunggu dalam senyuman

Dah settle

Makan Asam Pedas Ayam lepas settle

09 October, 2016

Kasut Camel hantaranku hilang

Kasut Camel hantaranku yang biasa aku gunakan untuk menunggang motosikal dan dah berusia lebih kurang 5 tahun telah hilang sewaktu aku menunaikan solat zohor di Masjid Negeri Selangor.

Terima kasih kepada abang yang aku lupa nak tanya namanya, membawa kereta Honda HRV no plate W xxxx XX kerana meminjamkan seliparnya. Aku dah berpatah balik ke Masjid semula untuk memulangkan balik seliparnya setelah aku beli yang baru di kedai seksyen 6, tetapi abang tersebut telah tiada, kenderaannya pun telah tiada. Dah balik dah abang tu.

Terima kasih amat yang tidak terhingga.

Selipar abang baik hati
Selipar baru

Pasangan Parang Tramontina Brazil

Aku dah membeli pasangan untuk parang Tramontina Brazil ku daripada En. Roslan penjual parang di Pasar Tani hari ahad di Stadium Shah Alam. Minggu lepas aku dah beli satu tapi adik iparku beli balik daripada aku untuk bapa mertua ku. Bertambahlah koleksiku.

Dua merpati sejoli

06 October, 2016

KFC Cheezy Onion Crunch


Oleh kerana terpengaruh dengan iklan kat TV, kami cuba makan KFC Cheezy Onion Crunch di KFC seksyen 9. Sedap jugalah. Ayam biasa je pilih sama ada original atau spicy, cuma tambahan Cheezy Onion Sos.

Tapi kat KFC seksyen 9 ni ayam original dia macam terlebih masin pulak. Mungkin budak kitchen tu dah nak sampai jodoh kot. Hehe.

Taklimat Tender MBPJ & Lawatan Tapak


Pagi-pagi aku dengan Rosli @ Chilly pergi ke Ibu Pejabat MBPJ untuk taklimat tender membaiki longkang di sebelah Amcorp Mall. Lepas tu dia bawak aku melawat tapak projek yang dia tengah buat di Stesen LRT Awan Besar. Berpeluh aku, lama tak kena panas matahari terik. Hitam oh kulitku. Hehehe...
LRT Awan Besar
Tapak kena buat clearance dulu

05 October, 2016

Kereta dah siap


Kereta dah siap. Petang tadi lepas Zohor aku di hantar oleh kawan ku En. Murad ke bengkel ketuk dan cat di kawasan perindustrian seksyen 7 Shah Alam, yang membaik pulih kereta wira ku yang accident jumaat lepas. Hasil kerja dia biasa sahaja. Standard claim insurans. Tapi ada tambahan RM150 untuk ketuk dan cat bahagian belakang di penutup tangki. Bahagian tu tak boleh claim sekali sebab yang tu sendiri gesel dulu. Haha...

Inilah bengkelnya

02 October, 2016

Jom Pegi Jemputan Kahwin

Oleh kerana kereta dah hantar bengkel semalam, maka kami naik motor untuk pergi jemputan kahwin anak jiran kami Hj. Sharuddin di Dewan Melur Seksyen 7 dan Hj. Dahari di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. Romantik tak?

Jalan-Jalan Pasar Pagi Ahad Stadium Shah Alam

Lontong Klang
Lepas sarapan pagi di Restoren Lontong Klang seksyen 7 Shah Alam, aku, isteriku, Farhan, Mami Fadilalala, Umi Norraliza, Adam, Kakak Yaya dan Adik Aisy pergi jalan2 di Pasar Tani hari Ahad di Stadium Shah Alam. Tapi sempat jalan tak sampai suku sebab panas terik. Walaubagaimanapun, ekonomi Shah Alam dilaporkan meningkat secara mendadak. Haha.

Kami sampai dulu sebab kami merempit
Kedai pertama dah membeli
Yaya with pink umbrella
Saya dapat topi baru