
Kita juga pernah dengar tentang alasan kenaikan harga barang baru-baru ini atas faktor kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di pasaran matawang walaupun harga minyak di pasaran dunia turun mendadak.

Walaupun terdapat peningkatan terhadap kos mengimport minyak siap proses, kos ini telah pun dipindahkan kepada pengguna dengan mengekalkan kadar keuntungan jualan serta pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan. Andaian juga dibuat tentang pengexport dan pengimport minyak ini pernah pergi kursus tentang asas pengurusan kewangan dimana sekiranya syarikat membuat keuntungan, janganlah keuntungan ini dibahagi kesemuanya kepada pemegang saham syarikat sebagai dividen tahunan, simpanlah sedikit untuk tahun berikutnya bagi meningkatkan lagi keupayaan syarikat dan mengekalkan kestabilan sekiranya berlaku risiko yang tidak diundang seperti kejatuhan harga pasaran minyak dunia ini.
Manakala apabila harga pasaran minyak dunia turun, kita sebagai pengeksport minyak akan mendapat impak penurunan keuntungan atau tiada keuntungan ataupun dibawah paras untung dengan andaian kos operasi kekal. Pengguna pula dapat merasai penurunan kos ini kerana kerajaan telah mengambil kesempatan dengan melepaskan semua subsidi minyak dan menetapkan harga minyak berdasarkan harga pasaran semasa yang rendah dan dengan andaian peniaga minyak mengekalkan kadar keuntungan perniagaan mereka. Pengguna yang merasai kadar harga rendah minyak ini adalah termasuk pengeluar, pemborong, orang tengah, peruncit dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pasaran barang keperluan pengguna.

Kenapa alasan ini tidak digunakan dahulu semasa harga minyak tinggi. Kan lebih indah didengar bila statement dibawah dikeluarkan.
"Walaupun terdapat peningkatan pada kos operasi syarikat kerana kenaikan harga pasaran minyak dunia, pihak kami masih mengekalkan harga barangan sehingga laporan kos operasi syarikat disemak setiap 3 bulan. Pihak syarikat merasakan walaupun laporan nanti menunjukkan peningkatan kos operasi, pihak syarikat masih lagi boleh menyerap peningkatan kos ini dengan menggunakan kadar keuntungan tahun lepas yang dibawa kehadapan. Nilai ringgit juga stabil buat masa kini dan syarikat tidak punya alasan untuk menaikan harga barangan."
Pihak-pihak operator stesen minyak pula tak perlulah mengeluh apabila kerajaan menetapkan kadar harga minyak yang lebih rendah dari nilai belian anda terdahulu dan terpaksa menanggung kerugian atas stok simpanan minyak yang masih ada. Cuba lihat kembali kebelakang semasa kerajaan menaikkan harga minyak, adakah anda tidak membuat lebih keuntungan.
Pihak-pihak operator stesen minyak pula tak perlulah mengeluh apabila kerajaan menetapkan kadar harga minyak yang lebih rendah dari nilai belian anda terdahulu dan terpaksa menanggung kerugian atas stok simpanan minyak yang masih ada. Cuba lihat kembali kebelakang semasa kerajaan menaikkan harga minyak, adakah anda tidak membuat lebih keuntungan.