Kita tentu pernah dengar tentang alasan kenaikan harga barang kerana faktor kenaikan harga minyak dunia dimana kos operasi pengeluar, pemborong, orang tengah, peruncit dan pihak-pihak lain meningkat sehingga memaksa mereka untuk memindahkan peningkatan kos ini kepada pengguna seberapa segera yang mungkin.
Kita juga pernah dengar tentang alasan kenaikan harga barang baru-baru ini atas faktor kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di pasaran matawang walaupun harga minyak di pasaran dunia turun mendadak.
Seperti yang kita maklum, Malaysia juga adalah negara pengeluar minyak mentah dan juga pengimport minyak siap proses. Apabila harga pasaran minyak dunia tidak stabil sama ada harga meningkat atau menurun, Malaysia juga sudah tentu akan merasai impak perubahan ini. Semasa harga minyak dunia meningkat dan stabil, sudah tentu kita sebagai pengeluar dan pengexport minyak mentah akan mendapat lebihan keuntungan atas kenaikan harga pasaran ini dengan andaian kos operasi tiada perubahan.
Walaupun terdapat peningkatan terhadap kos mengimport minyak siap proses, kos ini telah pun dipindahkan kepada pengguna dengan mengekalkan kadar keuntungan jualan serta pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan. Andaian juga dibuat tentang pengexport dan pengimport minyak ini pernah pergi kursus tentang asas pengurusan kewangan dimana sekiranya syarikat membuat keuntungan, janganlah keuntungan ini dibahagi kesemuanya kepada pemegang saham syarikat sebagai dividen tahunan, simpanlah sedikit untuk tahun berikutnya bagi meningkatkan lagi keupayaan syarikat dan mengekalkan kestabilan sekiranya berlaku risiko yang tidak diundang seperti kejatuhan harga pasaran minyak dunia ini.

Manakala apabila harga pasaran minyak dunia turun, kita sebagai pengeksport minyak akan mendapat impak penurunan keuntungan atau tiada keuntungan ataupun dibawah paras untung dengan andaian kos operasi kekal. Pengguna pula dapat merasai penurunan kos ini kerana kerajaan telah mengambil kesempatan dengan melepaskan semua subsidi minyak dan menetapkan harga minyak berdasarkan harga pasaran semasa yang rendah dan dengan andaian peniaga minyak mengekalkan kadar keuntungan perniagaan mereka. Pengguna yang merasai kadar harga rendah minyak ini adalah termasuk pengeluar, pemborong, orang tengah, peruncit dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pasaran barang keperluan pengguna.
Persoalannya, kenapa apabila harga pasaran dunia minyak meningkat, harga barang keperluan pengguna meningkat serta merta atas alasan kenaikan kos minyak dan apabila harga pasaran minyak dunia turun, harga barang keperluan tidak dapat diturunkan serta merta kerana terpaksa mengambil kira putaran operasi pengilangan iaitu setiap 3 bulan. Faktor kejatuhan nilai Ringgit Malaysia juga diambil kira untuk tidak menurunkan harga barangan malahan terpaksa menaikan harga walaupun harga minyak jatuh keparas terendah.
Kenapa alasan ini tidak digunakan dahulu semasa harga minyak tinggi. Kan lebih indah didengar bila statement dibawah dikeluarkan.
"Walaupun terdapat peningkatan pada kos operasi syarikat kerana kenaikan harga pasaran minyak dunia, pihak kami masih mengekalkan harga barangan sehingga laporan kos operasi syarikat disemak setiap 3 bulan. Pihak syarikat merasakan walaupun laporan nanti menunjukkan peningkatan kos operasi, pihak syarikat masih lagi boleh menyerap peningkatan kos ini dengan menggunakan kadar keuntungan tahun lepas yang dibawa kehadapan. Nilai ringgit juga stabil buat masa kini dan syarikat tidak punya alasan untuk menaikan harga barangan."
Pihak-pihak operator stesen minyak pula tak perlulah mengeluh apabila kerajaan menetapkan kadar harga minyak yang lebih rendah dari nilai belian anda terdahulu dan terpaksa menanggung kerugian atas stok simpanan minyak yang masih ada. Cuba lihat kembali kebelakang semasa kerajaan menaikkan harga minyak, adakah anda tidak membuat lebih keuntungan.

No comments:
Post a Comment