Melawat jiran sebelah rumah di Shah Alam Medical Centre (SALAM) akibat accident motor pagi tadi.
Beliau keluar selepas subuh untuk pergi menyertai larian di Petaling Jaya. Setibanya di bulatan Istana, beliau nampak ada minyak bertaburan di bulatan tersebut. Tidak dapat nak dielakkan, beliau jatuh dan patah tulang bahu.
Jiwa kental, bawak balik motor ke rumah dalam sakit-sakit dan pergi hospital selepas tu.
Dari Kota Samarahan ke Sri Aman mengambil masa memandu kereta lebih kurang 3 jam lebih. Sampai-sampai sahaj terus check in kat satu-satunya hotel yang ada kat sini iaitu Hotel Seri Simanggang. Hotel baru di Sri Aman. Selesa dan yang paling penting ada Restoren Sugar Bun kat bawah. Hehe..
Sri Aman terkenal dengan Panorama Benak. Fenomena benak berlaku pada musim air pasang besar apabila air dari muara Batang Lupar memasuki sungai yang cetek dan menghasilkan ombak besar menyusuri sungai hingga ke muara. Tapi aku tunggu si benak ni tak sampai-sampai....
Kami dari Kuching terus ke Kota Samarahan hanya memakan masa 30 minit sahaja. Kota Samarahan ni ada lah bandar untuk akademik. Banyak pusat pengajian kat sini macam UiTM, ILP dan UNIMAS.
Kami hanya melawat student di JKR Kota Samarahan dan terus bertolak ke Sri Aman.
Dah sampai Kuching pulak. Bandar Kuching ni sibuk macam KL jugak. Jem waktu pergi dan balik kerja. Tapi tak usah risau. En Waze boleh tunjukkan jalan potong jem. Keluar airport terus sewa kereta, kita check-in kat Imperial Hotel Kuching pula.
Kereta sewa di Kuching. Ambil Pesona juga.
Model Sugar Bun
Lunch diet...makan sayur je
Isk...awek ni makan asam pedas ikan talapia
Solat dulu di Masjid Negeri Kuching
Dinner di Bukit Mata Seafood. Netizen review kata sedap. Aku kata biasa je.
Hari kedua di Miri. Sambil melawat student sambil survey tempat-tempat menarik di Miri.
Satu peristiwa aku tak boleh lupa ialah ada satu ketika aku sedang memandu di sekitar bandar Miri, tiba-tiba terdapat kesesakan lalu-lintas lebih kurang 200m panjangnya dan tidak bergerak selama lebih kurang 10 minit.
Rupa-rupanya ada sebuah van yang sedang berhenti di lorong tepi satu kedai runcit dan memunggah masuk barang-barang kedalam van tersebut. Kedai runcit itu berhadapan dengan jalan utama. Di belakang van tu pula ada sebuah Pickup 4x4 yang sedang menunggu untuk melalui lorong yang sama tapi terpaksa menunggu sehingga van tersebut selesai mengangkut barang dari kedai itu. Pickup tersebut telah membuatkan jalan utama tidak dapat dilalui oleh kenderaan lain hingga menyebabkan kesesakan sepanjang 200m.
Yang menghairankan aku ialah takda satu kereta pun yang membunyikan hon dan semua orang sabar menunggu. Kalau kat semenanjung ni dah makan nasi berlauk makian dengan muzik latar tak tentu hala.
The Grand Old Lady. Lokasi Carigali pertama di Miri.
Nak buat tesis pasal ni ke sayang?
Mencuba nasib. Mana tau keluar minyak.
Bandar Miri dari belakang The Grand Old Lady
Menjadi tetamu di Pusat Kraftangan Miri
Solat dulu di Masjid At-Taqwa, Miri
Melawat student di Majlis Bandaraya Miri
Ke Brunei ke kita?
Misi mencari sayur pelik-pelik di Miri
Buah popular di Miri. Dabai.
Dinner dengan Cikgu Azie dan Cikgu Faizah lagi di Restoren Selera Rasa Segar
Yeah dah sampai di Miri. Miri ni adalah bandar yang tenang tak macam KL. Takda jem, takda bunyi hon dan takda orang bawak kereta lebih 60 km/j. Aku bawak kereta pun santai-santai. Tangan rasa gatal je nak tekan hon.
Sewa kereta dulu dari Airport Miri. Senang nak pulang nanti, letak tepi jalan je. Nanti ada orang dari company kereta sewa tu ambil.
Check-in kar Imperial Hotel Miri. Dapat apartment 1 bilik. Ada shopping kompleks kat bawah dan bersambung dengan shopping kompleks baru Permaisuri Imperial City Mall.
Pandangan dari ruang tamu ke bilik
Makan di Kafe Idaman depan Pasar Seberkas dengan sepupuku Cikgu Azie dan housemate dia Cikgu Faizah yang kena posting kat Miri.
Terbaik...lalapan Kambing.
Dinner...bungkus makanan dari SugarBun atas cadangan Cikgu Azie.
Trip ke Sarawak pula tahun ini. Sambil menyelam minum air kopi O. Isteriku pergi atas tiket melawat student praktikal sekitar Sarawak. Aku pula dilantik sebagai pemandu pelancong dan pemandu kereta merangkap bodyguard dan sleeping partner. Hehe.
Bermula dengan parking kereta di Putrajaya Sentral. Mudah, murah, selamat dan berbumbung. Hanya RM2.00 (Dua Ringgit) untuk 12 jam.
Beli tiket KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 dengan harga RM6.20
Dalam KLIA Transit. Selesa dan boleh ngorat awek sebelah tu.
Dalam lebih kurang setengah jam dah sampai ke KLIA2.
Menunggu flight Airasia ke Miri di pintu J5. Kepada sesiapa yang pertama kali ke KLIA2, harap dapat masuk awal kerana jauh nak jalan kaki ke pintu masuk tetapi ada kereta buggy disediakan.
Eh...dapat pulak ngorat awek dalam KLIA Transit tadi. Siap duduk sebelah lagi dalam flight.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.
"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.
"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.
“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya.
Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini.
“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib.
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.
Pasukan pencarian Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat MH370.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.
Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.
Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.
Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.
Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.
Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/serpihan-dari-pulau-reunion-sah-milik-pesawat-mh370-najib-68613
Walaupun dah lama berlalu, namun hari ini baru berkesempatan untuk isteriku membelikan hadiah harilahirku yang ke 40 tahun. Kami bergegas ke butik Camel selepas isteriku habis exam DBA untuk membeli 3 unit beg jenama Camel macam dalam gambar.
Yang kecil untuk diguna bila aku sendiri, yang sederhana bila bersama isteri (untuk isi sekali wallet dia) dan yang besar bila nak travel jauh.
Oleh kerana kami tak dapat jemputan rumah terbuka kerana tak banyak kawan yang menganjurkannya, maka kami telah di jemput oleh Tesco Shah Alam untuk memeriahkan lagi suasana hari raya.
Berbekalkan tiket untuk cabutan bertuah yang kami tidak menangi, kami harungi juga walaupun hujan lebat. Juadah yang dihidangkan adalah seperti di kebanyakan rumah terbuka iaitu nasi himpit dan lemang bersama rendang daging, satay, nasi lemak, kuey tiaw goreng, cendol, coklat bar dan makanan ringan untuk kanak-kanak.