Trip ke Sarawak pula tahun ini. Sambil menyelam minum air kopi O. Isteriku pergi atas tiket melawat student praktikal sekitar Sarawak. Aku pula dilantik sebagai pemandu pelancong dan pemandu kereta merangkap bodyguard dan sleeping partner. Hehe.
Bermula dengan parking kereta di Putrajaya Sentral. Mudah, murah, selamat dan berbumbung. Hanya RM2.00 (Dua Ringgit) untuk 12 jam.
Beli tiket KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 dengan harga RM6.20
Dalam KLIA Transit. Selesa dan boleh ngorat awek sebelah tu.
Dalam lebih kurang setengah jam dah sampai ke KLIA2.
Menunggu flight Airasia ke Miri di pintu J5. Kepada sesiapa yang pertama kali ke KLIA2, harap dapat masuk awal kerana jauh nak jalan kaki ke pintu masuk tetapi ada kereta buggy disediakan.
Eh...dapat pulak ngorat awek dalam KLIA Transit tadi. Siap duduk sebelah lagi dalam flight.
- BERSAMBUNG -
No comments:
Post a Comment