31 October, 2015

Sahabat SAMURA 92

Pertandingan futsal antara batch Sekolah Menengah Sains Muar sempena sambutan 3 Dekad Samura yang telah diadakan di Frenzy Futsal Shah Alam.

Setelah selesai pertandingan ini para pemain futsal serta penyokong batch tahun 1992 telah mengadakan majlis meraikan kemenangan tempat ke 5 dari 6 pasukan yang bertanding di rumah aku.

Terima kasih kerana sudi datang ke teratak hamba ini setelah sekian lama kita tidak berjumpa. Jemputlah datang lagi di lain kali. Maaf sekiranya terdapat kekurangan.

Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menunggu ketibaan yang lain-lain
Menu utama : Nasi Arab Ayam Kampung
Dessert : Brownies

Magnum Ice Cream pun ada
Penyokong. Kak Yin dan Sarah
Tengah makan dessert

27 October, 2015

Graduan MBA Universiti Utara Malaysia


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, akhirnya aku bergelar seorang Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan ataupun Master in Business Administration, Universiti Utara Malaysia.

Sebuah Majlis Konvokesyen yang ke 28 telah diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok pada 27 Oktober 2015 jam 1.30 petang hingga 5.30 petang (Sidang 7).

Terima kasih kepada semua terutama isteri tercinta yang telah menyokong, doa dan memberi semangat untuk menghabiskan pengajian ini.

Dalam Dewan Mu'adzam
Di luar dewan
Bersama Ahmad Naim
Bersama Zaharudin
Geng MBA
Grad juga akhirnya

26 October, 2015

Jom Pi Konvo

Jom pegi konvo, aku akhirnya dapat jemputan untuk ke Konvokesyen kali ke 28 di UUM sintok. Bertolak pada hari ahad tengahari terus ke UUM Sintok untuk ambil jubah. Kemudian check-in di Hotel Fuller Alor Setar.

Member-member lain semua stay kat homestay dan hotel dekat-dekat sintok. Aku stay di Alor Setar sebab konvo aku pada sidang 7 iaitu waktu petang, so sempat untuk bertolak ke sintok pagi tu. Tak jauh mana pun. Lagipun boleh jalan-jalan kat Alor Setar. Hotel tu terletak di belakang shopping kompleks baru iaitu Aman Mall yang berhadapan dengan Menara Alor Setar.

Terserempak dengan Naim
Solat di Masjid Universiti Utara Malaysia
Model Kolej Petronas
Test jubah dulu
Jurukamera rasmi
Gadis Menara Alor Setar
Gulai Ikan Temenung dan Bawal Goreng
Pulut Ikan Masin
Masjid Zahir Alor Setar

16 October, 2015

Tangkal Penyamun

Pada lebih kurang jam 9 pagi ini aku jumpa satu objek pelik di bawah tempat letak kereta rumah aku. Setelah aku lihat dengan lebih teliti, objek berukuran 2 cm itu menyerupai hujung lidi payung yang di ikat dengan benang berwarna kuning.

Aku bertanya kepada jiran-jiran tentang objek tersebut. Mana tau ada diantara mereka yang tercicir objek tersebut semasa perjumpaan di rumah aku tempoh hari. Tapi tiada sesiapa yang mengatakan objek tersebut milik mereka.

Menurut sumber yang boleh dipercayai. Objek tersebut merupakan tangkal penyamun yang ingin mencuba memasuki rumahku.

Pada sebelah petang pula aku telah menjumpai puntung rokok beserta abu yang masih kering diruangan tanah dalam rumahku berhadapan dengan pintu masuk. Sah ada cubaan menyamun rumahku. Tetapi tidak berjaya. Alhamdulillah.

Kemudian aku hanyutkan tangkal penyamun dan puntung rokok itu ke sungai yang terdekat.

Aku suspek cubaan ini dilakukan oleh pekerja-pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian rumah dilorong depan rumahku,

Semoga Allah memelihara kesejahteraan dan keselamatan kami sekeluarga, Aamiiiin.

Bye-bye sihir
Pengubahsuaian di lorong depan rumah

14 October, 2015

Majlis Ramah Mesra Jalan 19A

Satu Majlis Ramah Mesra Jalan 19A telah diadakan di rumah ku bertujuan agar kami lebih mengenali antara satu sama lain di samping merapatkan lagi silaturrahim.

Bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang seramai 10 orang dewasa dan 10 kanak-kanak dan 1 bayi mewakili 7 daripada 13 buah rumah dikejiranan kami telah menghadiri majlis ini.

Majlis yang berkonsepkan "Potluck" ini berjalan lancar walaupun hujan lebat semasa majlis berjalan.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir.

13 October, 2015

Pi Penang

Menyiapkan pembentangan sementara menunggu flight sampai
Jom lepak Pulau Pinang. Aku menemani isteriku pergi ke Pulau Pinang untuk pembentangan di Global Conference on Economics and Management Sciences 2015.

Kami menaiki pesawat Airsia dari KLIA2 untuk ke Pulau Pinang dan check-in di Bayview Beach Resort Hotel, Batu Feringgi bermula hari ahad hingga selasa.

Aku tak join conference tersebut, aku cuma melepak dalam bilik dan melawat beberapa tempat di sekitar Batu Feringgi.

Kalau ada kenderaan,mau satu Penang aku pusing. Hehe.


Nak balik dah

06 October, 2015

Latihan Silat Sendeng Shah Alam

Lama tak training silat ni. Dah nak masuk 2 tahun rasanya sejak gelanggang di Kompleks Rakan Muda Puchong diubahsuai dan tak siap-siap.

Atas kesedaran perlunya latihan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan, aku dan Adi menganjurkan latihan ulangan Seni Silat Sendeng secara percuma untuk mereka yang pernah mempelajari silat Sendeng.

Latihan diadakan setiap hari Selasa atau Rabu jam 9-11 malam bertempat di padang futsal Jalan Gunung Nuang U11/19, Seksyen U11 Bukit Bandaraya, Shah Alam. Setakat ini ada seramai 5 orang yang hadir. Boleh lah kami menjalani latihan bersama dan berkongsi ilmu.






Tambah kalori lepas hilang kalori