30 September, 2016

Wira Accident

Selepas solat Asar di Surau Ar-Rahmah seksyen 8 shah alam petang tadi, sedang aku di dalam kereta menunggu untuk reverse di tempat meletak kereta bersebelahan surau, tiba-tiba aku nampak sebuah kereta Mercedes yang datang dari arah kananku secara perlahan menuju kearahku.

Aku ingatkan ada dari kalangan kawan-kawanku yang ingin bergurau, tapi sangkaanku meleset kerana kereta itu terus melanggar di bahagian pintu depan pemandu dan pintu belakang menyebabkan keretaku terseret sedikit keluar dari kotak parking.

Aku segera keluar dari pintu sebelah kiri dan mengetuk tingkap bahagian pemandu tersebut mengarahkan pemandu tersebut keluar dari kereta. Tapi tiada respon. Orang ramai juga turut membantu tetapi gagal.

Aku hubungi polis trafik shah alam untuk membantu. Polis pun gagal juga. Kemudian polis memanggil ambulan kerana kemungkinan pemandu tersebut ada masalah kesihatan dan kemudian bomba pula dihubungi dan datang.

Setelah lebih sejam pemandu tersebut tidak sedarkan diri, akhirnya pihak bomba telah memecahkan cermin sebelah kanan belakang kereta mercedes tersebut setelah mendapat clearance dari pihak polis. Kemudian baru pemandu tersebut tersedar.

Pemandu itu adalah seorang lelaki mualaf warganegara Malaysia berbangsa punjabi yang pengsan sewaktu memandu keretanya akibat "Low blood sugar" (hypoglycemia). Beliau telah dibawa ke hospital shah alam dengan ambulan untuk mendapat rawatan lanjut dan kemudian pergi ke Balai Trafik Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan kemalangan.

Aku juga pergi ke balai untuk membuat laporan. Keputusan kes, pemandu tersebut mengaku bersalah dan tuntutan ke insuran kereta beliau untuk sebarang kerja-kerja pembaikan.

Tiada kecederaan dilaporkan cuma hati sedikit terguris. Ya Allah, aku redha dalam menghadapi ujianMu ini.

Pandangan Sudut Kanan
Pandangan Belakang
Polis Trafik mengawal keadaan
Ambulan dah datang
Abang Bomba pun ada
Akhirnya kena pecah
Gurisan jiwa

Berenang di pagi Jumaat

Pagi-pagi aku dan Azah naik motor pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam untuk berenang di kolam renang kawasan Rimba Alam. Kolam renang ni dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Ada juga budak-budak yang bersekolah sesi petang mandi bersama-sama kami.

Ok jugak lah kolam renang ni. Tapi sebabkan kolam renang ni open air, jadi ada lah daun-daun yang berguguran di dalamnya.

Wakaf Cina
Wakaf India
Wakaf Melayu

24 September, 2016

Jelajah Hijau

Jom pergi Jelajah Hijau anjuran Sekretariat Seri Nuang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Shah Alam Zon 4 di Taman Botani Negara Shah Alam.

Walaupun aku biasa bersilat tapi penatlah jugak mendaki Bukit Sapu Tangan di Taman Botani ni. Faktor umur kot. Kalau dulu boleh berlari naik bukit, sekarang ni kalau dapat merangkak pun ok. Hehe...
Makan Nasi Lemak dulu sebelum mendaki
Hanafi dan anak dia pun ada
Warm up
Wefie dengan YB
Pendakian bermula
Jauh diorang ketinggalan
Kamilah Juara
Rehat jap kat checkpoint
Dah sampai
Atas menara bukit sapu tangan
Ada awek takut nak naik
Dah sampai bawah balik
Aweks Unisel
Ambil sijil daripada Datin
Dah selesai

19 September, 2016

Jiran Accident Motor

Jiran sebelah rumahku Hamidi accident sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Cyberjaya. Beliau yang menunggang motosikal lagenda telah merempuh sebuah bas persiaran yang membuat pusingan U secara mengejut di persimpangan Sri Menanti Cyberjaya.

Beliau telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Retak kaki kiri dan patah 3 tulang rusuk.

Semoga Hamidi cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin...

16 September, 2016

Minum Petang

Minum petang bersama si dia di Kedai Kopi tepi Taman Tasik Shah Alam.

Tuan Guru Dato Dr Harun Din

Allah lebih menyayangi beliau, Innalillah waiina ilaihi rajiun, Alam ini menjadi sayu lagi, tiada kata yang mampu di ucap, tiada kalimah yang mampu di baitkan lagi, kembalilah Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Harun Din di pagi Jumaat ini, saat jam 10:10 minit pagi tadi.. Saya masih ingat senyuman yang terukir indah, saat saya bercerita tentang umur insan ini.. "nyawa kita ini dalam gengamanNya.. doalah saya,"tuturnya dengan lafaz yang sayu.. moga Allah merahmati dan di letakkan beliau dikalangan hambaNya yang sholeh.. Innalillah

Sumer : FB Page Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

12 September, 2016

Ibadah Qurban

Alhamdulillah, ada rezeki lagi untuk menunaikan Ibadah Qurban pada tahun ini walaupun hanya satu bahagian. Nasihat seorang Ustaz telah aku ikuti. Nasihatnya lebih kurang begini "Bayar Astro bulan-bulan boleh, takkan satu bahagian pun tak mampu". Terus aku potong astro. Hehe.

Aku berdoa agar dapat lagi berQurban pada setiap tahun.

Bahagian kami

10 September, 2016

Korban ketupat di Aidil Adha


Mari menganyam ketupat untuk raya haji. Mak masak ketupat pulak raya haji ni. Almaklum semua cucunya ada di hari raya ini, Aku tolong anyam, ada awek tolong ketatkan. Hehe.

Reban Ayam Kampung Mertua

Pagi-pagi dah pergi pontian beli makanan ayam dan kemudian melawat reban ayam kampung mertua. Inilah reban ayam kampung nya.


09 September, 2016

Jom Balik Raya Haji

Jauh sungguh perjalanan balik raya haji kali ini. Mula-mula ambil Eddy di Kolej Perindu UiTM Shah Alam. Kemudian pergi ke Jalan Nilai-Pajam untuk ambil Faiq pulak di rumah sewa dia. Lepas tu singgah di Hentian Pedas Linggi untuk Solat Asar. Singgah pula di Ayam Pedas Claypot Kota Laksamana Melaka untuk makan malam dan akhir sekali singah di R&R Pagoh untuk solat. Fuuuhhh....

Di Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

04 September, 2016

the sumbs 4.0


Steak, Kambing Samah, Churros & Sirap Bandung Panas untuk wanita 4.0. Ada awek tu balik kelas terus kena bawak ke cafe "the sumbs" seksyen 13 shah alam untuk dibelanja makan sempena mendapat keputusan 4.0 lagi untuk exam DBA. Tahniah sayang.

Churros
Steak
Kambing Samah