Selepas solat Asar di Surau Ar-Rahmah seksyen 8 shah alam petang tadi, sedang aku di dalam kereta menunggu untuk reverse di tempat meletak kereta bersebelahan surau, tiba-tiba aku nampak sebuah kereta Mercedes yang datang dari arah kananku secara perlahan menuju kearahku.
Aku ingatkan ada dari kalangan kawan-kawanku yang ingin bergurau, tapi sangkaanku meleset kerana kereta itu terus melanggar di bahagian pintu depan pemandu dan pintu belakang menyebabkan keretaku terseret sedikit keluar dari kotak parking.
Aku segera keluar dari pintu sebelah kiri dan mengetuk tingkap bahagian pemandu tersebut mengarahkan pemandu tersebut keluar dari kereta. Tapi tiada respon. Orang ramai juga turut membantu tetapi gagal.
Aku hubungi polis trafik shah alam untuk membantu. Polis pun gagal juga. Kemudian polis memanggil ambulan kerana kemungkinan pemandu tersebut ada masalah kesihatan dan kemudian bomba pula dihubungi dan datang.
Setelah lebih sejam pemandu tersebut tidak sedarkan diri, akhirnya pihak bomba telah memecahkan cermin sebelah kanan belakang kereta mercedes tersebut setelah mendapat clearance dari pihak polis. Kemudian baru pemandu tersebut tersedar.
Pemandu itu adalah seorang lelaki mualaf warganegara Malaysia berbangsa punjabi yang pengsan sewaktu memandu keretanya akibat "Low blood sugar" (hypoglycemia). Beliau telah dibawa ke hospital shah alam dengan ambulan untuk mendapat rawatan lanjut dan kemudian pergi ke Balai Trafik Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan kemalangan.
Aku juga pergi ke balai untuk membuat laporan. Keputusan kes, pemandu tersebut mengaku bersalah dan tuntutan ke insuran kereta beliau untuk sebarang kerja-kerja pembaikan.
Tiada kecederaan dilaporkan cuma hati sedikit terguris. Ya Allah, aku redha dalam menghadapi ujianMu ini.
Pandangan Sudut Kanan |
Pandangan Belakang |
Polis Trafik mengawal keadaan |
Ambulan dah datang |
Abang Bomba pun ada |
Akhirnya kena pecah |
Gurisan jiwa |
No comments:
Post a Comment