28 December, 2015

Lotus Desaru Beach Resort


Bercuti sebentar di Lotus Desaru Beach Resort. Percutian yang pendek bersama mak dan anak2 buah terpilih. Ini saja pilihan yang ada sebab tempat lain dah fully booked.

Walaubagaimanapun, tetap menghiburkan.

Bersantai di kolam renang
Zikri datang untuk mandi je
Satu team

Aqil meluncur air
Naik Buggy Car
Adam dan Aqil jadi bestfren

23 December, 2015

Birthday Hadi 42

Membuat surprise birthday kek selepas latihan Sendeng kat rumah yang dah tak jadi surprise sebab Haniff dan Hafiy tak boleh simpan rahsia yang Mak Su dan Mami tengah buat kek untuk Ayah kat dapur. Haha....

Selamat Harilahir sahabatku Hadi.


03 December, 2015

Menunggu Hujan Reda


Inilah hakikatnya bila kita menjadi rider, apabila hujan rahmat turun maka kita mencari tempat terdekat untuk berteduh sambil memerhati dan memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya hujan berterusan.

22 November, 2015

Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Muar, atau lebih dikenali sebagai Alumni SAMURA, menganjurkan Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA sempena sambutan 3-dekad SMS Muar di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada hari Sabtu, 21 November, 2015. Majlis ini adalah merupakan salah satu projek yang dirancang oleh Jawatankuasa Alumni SAMURA bertujuan untuk memulakan sambutan 3-dekad SMS Muar pada tahun 2015/2016.

Majlis makan malam ini diadakan antara lainnya bertujuan merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan ahli alumni, dengan hasrat agar Majlis Makan Malam ini dapat menjadi satu platfom untuk melonjak perancangan dan sambutan 3-dekad SAMURA.

Lebih kurang 800 peserta hadir memeriahkan majlis makan malam ini terdiri daripada guru-guru yang sedang dan telah berkhidmat serta bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Muar yang kini sudah berjaya di dalam bidang dan kerjaya masing-masing sama ada di sektor swasta mahupun di sekor awam.

Majlis makan malam ini juga dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana, yang berucap dan merasmikan majlis.
Kad Jemputan
Naik motor senang, tak jem
Batch SPM 92
Meja JB34
Tun M
Husaini, Alijan (Botak) dan Biza
Sufian (Puyu) & wife, Dalee dan Enna
Muazam, Alijan (Botak) dan Ismadi (Skull)
Sufian (Boroi), Nazri (Topai) dan Capt Haizel
Bersama cikgu lem
Melepak si Satay Kajang lepas dinner

17 November, 2015

Latihan Keris dan Parang


Jom berlatih Keris dan Parang malam ni. Semoga tidak terhiris atau tertikan diri sendiri.

11 November, 2015

Hafiy 3rd Besday

Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun Hafiy. Semoga jadi anak yang soleh. Jangan nakal-nakal sangat dan jangan buli abang Hanif & adik Hayfa.
Birthday Cake Robocar Poli
Geng Bapak
Geng Mak
Hayfa keletihan layan semua orang

07 November, 2015

Faris Accident

Sewaktu aku berada di Sungai Buluh untuk menghantar Android Box untuk di repair, aku telah mendapat panggilan dari Mak Su untuk datang kerumahnya kerana ada berlakunya kemalangan. Aku terus bergegas ke Klang dan mendapati kereta waja Mak Su telah terlanggar tiang letrik lorong tepi barisan rumahnya.

Menurut Faris, dia bersama Qila sedang menaiki kereta untuk membuat satu pusingan menghala ke belakang. Apabila sampai di selekoh tepi rumah Faris nak menekan brek tetapi terlepas dan menekan minyak kerana selipar yang dipakainya licin akibat basah. Lalu melanggar tiang letrik hingga menyebabkan tiang tersebut patah.

Report polis telah dibuat dan tiang letrik baru pun telah di ganti. Paling penting ialah pemandu dan penumpang selamat, Alhamdulillah.







03 November, 2015

Ulangkaji Tongkat Sendeng

Malam ni ulangkaji senjata tongkat bersama sahabat Sendeng Irfan dan Hadi. Tongkat adalah salah satu senjata di dalam Seni Silat Sendeng.

31 October, 2015

Sahabat SAMURA 92

Pertandingan futsal antara batch Sekolah Menengah Sains Muar sempena sambutan 3 Dekad Samura yang telah diadakan di Frenzy Futsal Shah Alam.

Setelah selesai pertandingan ini para pemain futsal serta penyokong batch tahun 1992 telah mengadakan majlis meraikan kemenangan tempat ke 5 dari 6 pasukan yang bertanding di rumah aku.

Terima kasih kerana sudi datang ke teratak hamba ini setelah sekian lama kita tidak berjumpa. Jemputlah datang lagi di lain kali. Maaf sekiranya terdapat kekurangan.

Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menunggu ketibaan yang lain-lain
Menu utama : Nasi Arab Ayam Kampung
Dessert : Brownies

Magnum Ice Cream pun ada
Penyokong. Kak Yin dan Sarah
Tengah makan dessert

27 October, 2015

Graduan MBA Universiti Utara Malaysia


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, akhirnya aku bergelar seorang Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan ataupun Master in Business Administration, Universiti Utara Malaysia.

Sebuah Majlis Konvokesyen yang ke 28 telah diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok pada 27 Oktober 2015 jam 1.30 petang hingga 5.30 petang (Sidang 7).

Terima kasih kepada semua terutama isteri tercinta yang telah menyokong, doa dan memberi semangat untuk menghabiskan pengajian ini.

Dalam Dewan Mu'adzam
Di luar dewan
Bersama Ahmad Naim
Bersama Zaharudin
Geng MBA
Grad juga akhirnya

26 October, 2015

Jom Pi Konvo

Jom pegi konvo, aku akhirnya dapat jemputan untuk ke Konvokesyen kali ke 28 di UUM sintok. Bertolak pada hari ahad tengahari terus ke UUM Sintok untuk ambil jubah. Kemudian check-in di Hotel Fuller Alor Setar.

Member-member lain semua stay kat homestay dan hotel dekat-dekat sintok. Aku stay di Alor Setar sebab konvo aku pada sidang 7 iaitu waktu petang, so sempat untuk bertolak ke sintok pagi tu. Tak jauh mana pun. Lagipun boleh jalan-jalan kat Alor Setar. Hotel tu terletak di belakang shopping kompleks baru iaitu Aman Mall yang berhadapan dengan Menara Alor Setar.

Terserempak dengan Naim
Solat di Masjid Universiti Utara Malaysia
Model Kolej Petronas
Test jubah dulu
Jurukamera rasmi
Gadis Menara Alor Setar
Gulai Ikan Temenung dan Bawal Goreng
Pulut Ikan Masin
Masjid Zahir Alor Setar