07 November, 2015

Faris Accident

Sewaktu aku berada di Sungai Buluh untuk menghantar Android Box untuk di repair, aku telah mendapat panggilan dari Mak Su untuk datang kerumahnya kerana ada berlakunya kemalangan. Aku terus bergegas ke Klang dan mendapati kereta waja Mak Su telah terlanggar tiang letrik lorong tepi barisan rumahnya.

Menurut Faris, dia bersama Qila sedang menaiki kereta untuk membuat satu pusingan menghala ke belakang. Apabila sampai di selekoh tepi rumah Faris nak menekan brek tetapi terlepas dan menekan minyak kerana selipar yang dipakainya licin akibat basah. Lalu melanggar tiang letrik hingga menyebabkan tiang tersebut patah.

Report polis telah dibuat dan tiang letrik baru pun telah di ganti. Paling penting ialah pemandu dan penumpang selamat, Alhamdulillah.







No comments:

Post a Comment