22 November, 2015

Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Muar, atau lebih dikenali sebagai Alumni SAMURA, menganjurkan Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA sempena sambutan 3-dekad SMS Muar di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada hari Sabtu, 21 November, 2015. Majlis ini adalah merupakan salah satu projek yang dirancang oleh Jawatankuasa Alumni SAMURA bertujuan untuk memulakan sambutan 3-dekad SMS Muar pada tahun 2015/2016.

Majlis makan malam ini diadakan antara lainnya bertujuan merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan ahli alumni, dengan hasrat agar Majlis Makan Malam ini dapat menjadi satu platfom untuk melonjak perancangan dan sambutan 3-dekad SAMURA.

Lebih kurang 800 peserta hadir memeriahkan majlis makan malam ini terdiri daripada guru-guru yang sedang dan telah berkhidmat serta bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Muar yang kini sudah berjaya di dalam bidang dan kerjaya masing-masing sama ada di sektor swasta mahupun di sekor awam.

Majlis makan malam ini juga dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana, yang berucap dan merasmikan majlis.
Kad Jemputan
Naik motor senang, tak jem
Batch SPM 92
Meja JB34
Tun M
Husaini, Alijan (Botak) dan Biza
Sufian (Puyu) & wife, Dalee dan Enna
Muazam, Alijan (Botak) dan Ismadi (Skull)
Sufian (Boroi), Nazri (Topai) dan Capt Haizel
Bersama cikgu lem
Melepak si Satay Kajang lepas dinner

No comments:

Post a Comment