22 November, 2015

Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Muar, atau lebih dikenali sebagai Alumni SAMURA, menganjurkan Majlis Makan Malam 3 Dekad SAMURA sempena sambutan 3-dekad SMS Muar di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada hari Sabtu, 21 November, 2015. Majlis ini adalah merupakan salah satu projek yang dirancang oleh Jawatankuasa Alumni SAMURA bertujuan untuk memulakan sambutan 3-dekad SMS Muar pada tahun 2015/2016.

Majlis makan malam ini diadakan antara lainnya bertujuan merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan ahli alumni, dengan hasrat agar Majlis Makan Malam ini dapat menjadi satu platfom untuk melonjak perancangan dan sambutan 3-dekad SAMURA.

Lebih kurang 800 peserta hadir memeriahkan majlis makan malam ini terdiri daripada guru-guru yang sedang dan telah berkhidmat serta bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Muar yang kini sudah berjaya di dalam bidang dan kerjaya masing-masing sama ada di sektor swasta mahupun di sekor awam.

Majlis makan malam ini juga dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana, yang berucap dan merasmikan majlis.
Kad Jemputan
Naik motor senang, tak jem
Batch SPM 92
Meja JB34
Tun M
Husaini, Alijan (Botak) dan Biza
Sufian (Puyu) & wife, Dalee dan Enna
Muazam, Alijan (Botak) dan Ismadi (Skull)
Sufian (Boroi), Nazri (Topai) dan Capt Haizel
Bersama cikgu lem
Melepak si Satay Kajang lepas dinner

17 November, 2015

Latihan Keris dan Parang


Jom berlatih Keris dan Parang malam ni. Semoga tidak terhiris atau tertikan diri sendiri.

11 November, 2015

Hafiy 3rd Besday

Selamat Hari Lahir yang ke 3 tahun Hafiy. Semoga jadi anak yang soleh. Jangan nakal-nakal sangat dan jangan buli abang Hanif & adik Hayfa.
Birthday Cake Robocar Poli
Geng Bapak
Geng Mak
Hayfa keletihan layan semua orang

07 November, 2015

Faris Accident

Sewaktu aku berada di Sungai Buluh untuk menghantar Android Box untuk di repair, aku telah mendapat panggilan dari Mak Su untuk datang kerumahnya kerana ada berlakunya kemalangan. Aku terus bergegas ke Klang dan mendapati kereta waja Mak Su telah terlanggar tiang letrik lorong tepi barisan rumahnya.

Menurut Faris, dia bersama Qila sedang menaiki kereta untuk membuat satu pusingan menghala ke belakang. Apabila sampai di selekoh tepi rumah Faris nak menekan brek tetapi terlepas dan menekan minyak kerana selipar yang dipakainya licin akibat basah. Lalu melanggar tiang letrik hingga menyebabkan tiang tersebut patah.

Report polis telah dibuat dan tiang letrik baru pun telah di ganti. Paling penting ialah pemandu dan penumpang selamat, Alhamdulillah.







03 November, 2015

Ulangkaji Tongkat Sendeng

Malam ni ulangkaji senjata tongkat bersama sahabat Sendeng Irfan dan Hadi. Tongkat adalah salah satu senjata di dalam Seni Silat Sendeng.